Sabtu, 18 Mac 2017

UYUL ROSLI 1ST GIVEAWAY

UYUL ROSLI 1ST GIVEAWAY | Salam. Untuk julung kalinya, Uyul menganjurkan Giveaway. Selalu join Givaway rakan rakan Blogger. Kali ini Uyul pulak anjurkan. Siapa boleh sertai? Sesiapa yang bergelar Blogger dan menetap di Malaysia boleh sertai Uyul Rosli 1st Giveaway ini.


 SYARAT PENYERTAAN: 
Follow blog uyulrosli[dot]com | Add To Circle Google+ Uyul Rosli | Like Fanpage Uyul Rosli Official | Follow Instagram Uyul Rosli | Subscribe Youtube Uyul Rosli.
Buat entri bertajuk "Uyul Rosli 1st Giveaway".
Copy banner di atas dan backlink ke entry ini.
Tinggalkan URL entri di entry Uyul Rosli 1st Giveaway.
Giveaway akan MULA pada jam 1:00pm, 17 Mac 2017 (Jumaat) dan TAMAT pada jam 11:59pm, 24 Mac 2017 (Jumaat).

 SENARAI HADIAH: 
3 X 100PCS Name Card (T&C)
2 X RM10 Topup
2 X RM5 Topup

Pemenang akan dipilih melalui random.org dan akan diumumkan pada 28 Mac 2017 (Selasa).

7 orang pemenang bakal dipilih secara random.
Lebih 30 orang join, Uyul tambah hadiah lagi!!
Cepat bagitahu kawan kawan yang lain join sekali.

GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIRDOTCOM

Giveaway pertama untuk tahun 2017 dari herneenazir.com. Dijemput kawan-kawan blogger untuk join giveaway saya. Jangan malu-malu jangan segan-segan. Saya dengan berbesar hati ingin memberikan 5 hadiah untuk 5 orang pemenang bertuah.



Hadiah menarik:
1 x Supermom Planner 2017 (Ada 2 muka surat #doodlebyherneenazir yang boleh diwarnakan)
1 x Supermom Personal Notebook
3 x Topup RM10

Syarat-syarat sah penyertaan:

1. Follow blog herneenazir.com (senaraikan di bloglist anda)
2. Like Fanpage herneenazir.com
3. Follow https://www.instagram.com/herneenazir/
4. Add To Circle Google+ Hernee Nazir
5. Buat entri bertajuk Giveaway March by herneenazir.com, copy banner dan backlink ke entri ini.
6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri ini.
7. Giveaway akan bermula pada 15 Mac sehingga 26 Mac 2017 jam 11.59 malam.

Saya akan pilih pemenang melalui random.org Keputusan pemenang akan saya diumumkan pada 27 Mac 2017.

Sabtu, 11 Mac 2017

Atasi Masalah Kulit Sensitif dengan "MamaMade CLEAR SKIN Manjakani Skin Wash"

Masalah kulit sensitif sering ada di kalangan kita.. salah seorangnya aku ler.. 😢😢

Memang tak best la..lagi pulak kalau lepas pakai make up tu jerawat cepat je membiak..yela kita orang perempuan ni tak lari dalam penggunaan kosmetik dalam seharian hidup kita..paling kurang pun mesti pakai bedak kan.. lagi pulak kosmetik yang kita pakai tu ada bahan kimia yang kita sendiri pun tak tau dari mana sumber bahan nya.. boleh jadi efek yang tak bagus pada kulit.. haishhh 😥😥

Tapi korang dan aku tak perlu risau lagi.. sebab dah ada sabun pencuci seluruh kulit dari muka hingga la ke hujung kaki.. dan sabun ni jugak bebas dari sls, paraben dan juga bahan kimia yang lain tau..jadi tak rasa ragu-ragu nak gunakan pada kulit..


"MamaMade CLEAR SKIN Manjakani Skin Wash" adalah produk sabun penjagaan kulit yang berasaskan "Homemade & Natural" macam yang aku cakap tadi ianya tak dipengaruhi dengan bahan-bahan kimia.. kulit sensitif yang ada parut jerawat pun boleh gunakan sabun ni tau..


Sabun ni jugak mengandungi Manjakani.. okey mungkin ramai yang da tau kebaikan Manjakani tapi aku nak list kan sikit kat sini.. antara kebaikan Manjakani ialah ~

🌸 Melancarkan Peredaran
🌸 Anti Oksida ~ Melambatkan Penuaan
🌸 Mencegah bau yang tak enak
🌸 Membantu Menyingkirkan Bakteria


Contoh macam aku ni balik kerja memang rasa kulit gatal dan tak bermaya je..yela bile pergi kerja kita akan terdedah dengan persekitaran semasa pergi dan balik ke tempat kerja..terkena habuk ke atau hama yang kita tak nampak..pastu balik confirm gatal-gatal rasa nak garu je..huhu jangan tau.. nanti kuku kita tu ada kuman buat kulit jadi makin teruk..sedangkan aku pernah terbaca satu fakta jangan selalu usik kulit muka tu dengan jari sebab jari kita mudah terdedah dengan bakteria persekitaran..so kena rajin cuci muka..cuci dengan apa?? cuci dengan "MamaMade CLEAR SKIN MANJAKANI SKIN WASH" lerr.. hehehe





Khamis, 2 Mac 2017

Apakah itu Top Note, Middle Note & Base Note Di Dalam Wangian??

Haii.. ermm aritu masa aku wat entry pasal perfume tu ada kawan yang tanya apa yg aku membebel pasal top notes, middle notes dan base notes. Ingat aku tulis lagu ke?? Sebenarnya aku pun tak tau hihi tapi bila ada orang dah tanya teringin jugak nak amik tau so startla google sana sini.. Jadi kat sini aku nak share penerangan ringkas tentang komposisi top note, middle note, dan base note dalam wangian yang kita pakai hari-hari tu..



🌸 Top Note 🌼
"Top Note" adalah komposisi yang paling atas atau utama dalam bau wangian.. Kenapa dia yang paling atas dan paling utama??Sebab korang boleh bau top notes ni dengan semburan pertama wangian korang tu.. Top notes ni juga merupakan note yang paling penting bagi pencipta wangian.. Yela bila korang pergi kedai nak beli perfume mesti korang akan menilai bau daripada sekali semburan je kan..tu yang buat korang tertarik sama ada nak beli wangian tersebut atau tak.. Jadi bauan first sekali yang korang dapat dari semburan wangian tu adalah "Top Note"...

🍀 Middle Note 🌿
"Middle Note" pula adalah note kedua selepas "Top Note" ataupun note pertengahan dalam wangian..Korang boleh rasa komposisi bauan dari "Middle Note" lepas 15-30 minit dari semburan pertama..Perubahan bauan ini juga disebabkan oleh kerana tindak balas alkohol dalam wangian yang mula meruap kepada si pemakai..Bauan dari "Middle Note" ni juga tak boleh jadi penentu kepada keharuman sesuatu wangian.

🍁 Base Note 🍂
"Base Note" pula adalah note yang paling bawah atau yang terakhir dalam sesuatu wangian.."Base Note" juga dikatakan menunjukkan bau yang sebenar dalam wangian."Base Note" juga lebih banyak pati dari alkohol dan baunya juga lebih tajam dan ianya dapat dirasai 30 minit selepas semburan pertama.




Sabtu, 25 Februari 2017

KARNIVAL JELAJAH USAHAWAN MITI PONTIAN

Dijemput kepada semua rakyat jelata negeri Johor Darul Takzim untuk ke Karvival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 Peringkat Daerah Pontian di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017.


Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari.

Pada hari sabtu 25 Febuari pula, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017.


Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan ,Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , bertempat di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, JOHOR DARUL TAKZIM. 





Di sepanjang karnival berlangsung, rakyat jelata berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :

🍃 Career Fair
🍃 Food Truck
🍃 Forum Perdana
🍃 Innorace / Infotaiment
🍃 Aktiviti Tarikan Pengunjung
🍃 Info Booth Agensi








Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakan rakyat jelata datang berkunjung , seperti :

🍃 Pemeriksaan Kereta Percuma
🍃 Program Halal Cilik
🍃 Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
🍃 Mini Showcase SDSI
🍃 Pertandingan Catur Bistari
🍃 Khidmat Nasihat Keusahawanan
🍃 Cabutan Bertuah







Jadi, jangan lupa datang ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 . Jangan lepaskan peluang untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival ini bersama keluarga tersayang.

Selasa, 31 Januari 2017

Episod Romantis "Ralph Lauren Romance"

Haiii...korang rindu iza tak dah lama tak celoteh??hihi..okey kali ni aku nak cerita pasal ermmm.. 😮😮
nape tetibe blog aku ni rasa wangi je ea..pastu fefeeling romantik gittew..😇😍

Okey just nak cerita pasal wangian kegemaran aku dan mungkin jadi wangian kegemaran korang jugak..kat sini ada beberapa rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" yang aku nak kongsikan.. 
 Okey gambar kat atas ni adalah wangian pertama "Ralph Lauren Romance" first sekali aku guna yang ni terus jatuh cinta tak hingat da.. "Ralph Lauren Romance" dicipta oleh Harry Fremont pada tahun 1998..Gabungan rose, citrus, teratai, white violet, nilam, oakmoss,  halia,spicy notes daripada warna merah jambu dan kasturi putih melengkapkan aroma cinta romantis dalam wangian ini dan membangkitkan detik detik intim penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dengan aura positif tanpa henti.

Okey next "Ralph Lauren Midnight Romance" yang ni aku mampu dapat sample je tapi bau dia memang mengancam beb & tahan lama pulak tu..ni baru sample kalau yang satu botol camne la kan maunya aroma dia tertinggal di sana sini bila korang pakai perfume ni..😍
 Sesuai dengan quote di atas yang menggambarkan wangian ini adalah versi romantis yang seksi dan penuh cabaran bagi diri seorang wanita..malah haruman ini juga digelarkan sebagai "older sister" menunjukkan rasa kematangan dan elegan seorang wanita bagi si pemakai.

"Ralph Lauren Midnight Romance" dicipta oleh Honorine Blanc dan Alberto Morillas pada tahun 2014. Perfume ini dikeluarkan juga berikutan kejayaan haruman rangkaian "Ralph Lauren Romance" sebelum ni iaitu (Romance Always Yours, Romance Be Mine, Romance Eau Fraiche, Romance Summer Blossom, Romance Tender Notes and Summer Romance).

Aura haruman ini dibangkitkan melalui gabungan rapsberri, italian bergamot, dan juicy litchi sebagai komposisi utama. Aroma wangian menggoda ini juga dihangatkan lagi dengan gabungan dari peony, melati putih, freesia, black vanilla, ambroxan dan iris.

Okey last ni "Ralph Lauren Tender Romance" salah satu kegemaran aku jugak..perfume yang berasaskan "Oriental Floral" ni dilancarkan pada tahun 2016 oleh Honorine Blanc. Top notes wangian ini dibangkitkan melalui haruman bergamot,halia dan pir sementara middle notes pula daripada white ginger lily, magnolia putih dan melur..base notes wangian ini pula dilengkapkan dengan aroma kayu kasmir, benzoin dan kasturi. Baunya jugak agak "heavy" berbanding sebelum ni tapi masih mengekalkan aroma yg lembut, manis dan romantik..


Juga terdapat mandian gel dan losyen pelembab badan dari "Ralph Lauren Tender Romance" yang membangkitkan aura haruman yang berpanjangan pada kulit.

Jadi apelagi jomla jadi sebahagian daripada episod romantis wangian "Ralph Lauren Romance"..Walaupun banyak modal sikit tapi berbaloi untuk meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri korang..yang belum ada idea nak cari barang hantaran ke, hadiah anniversary pun boleh jadikan rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" sebagai hadiah buat yang tersayang.. 😘😘











Isnin, 9 Januari 2017

Sayangi Diri dengan Milagro Coffee

Assalamualaikum.. okey nak share lagi ngan korang pasal satu lagi produk yg agak baru jugak la tapi hebat ni..bila cerita pasal kopi ni aku sebenarnya bukanlah seorang pencinta kopi,apa lagi kopi kesihatan(tak suke pahit-pahit tau)tapi yang ni bukan je tak pahit langsung tau, tapi rasa dia memang perfect dengan khasiat 7 in 1..okey jom ushar lagi jangan malas kalau nak sihat.. 



Hah tu dia.. MILAGRO COFFEE Mmm... Sedap Ekk... sesuai ngan tagline dia rasa kopi ni memang sedap pun.. kopi ni juga dikenali sebagai MILAGRO COFFEE PATAWALI..okey nanti aku cerita sekali "patawali" tu ape ye.. Macam aku cakap tadi aku bukan penggemar kopi first time rasa kopi ni aku dah bancuh pastu siap try rasa guna sudu dulu.. tapi rasa bila dah rasa terus nak lagi wehh..terjatuh cinta 😍😍 memang sedap ekk ekk ekk larhhhh


Okey bebel panjang pulak..jom cerita khasiat kopi ni.. biasa kita dengar khasiat kopi 2 dalam 1, 3 dalam 1, tapi yang ni "7 dalam 1" beb.. Milagro Coffee adalah kopi pra-campur yang dicampur dengan kualiti yang tinggi daripada kopi arabika dan robusta dan dipertingkatkan dengan beberapa ekstrak herba khas seperti Tinospora Crispa, Halia, Lada Hitam dan Rock Salt. Hasil daripada gabungan herba ini mampu merawat pelbagai penyakit dan juga boleh meningkatkan sistem imun kita..

Tinospora Crispa atau dikenali sebagai "Patawali" telah digunakan oleh ramai pengamal tradisional untuk pelbagai rawatan seperti demam,  tekanan darah tinggi,luka,cacing usus, jangkitan kulit, dan juga hiperglisemia. Ia juga digunakan dalam merawat kencing manis dalam bentuk ekstrak akueus disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa darah.

Antara fungsi lain Milagro Coffee ni juga ia dapat mencegah serta mengawal 
◼ Kencing Manis
◼ Darah Tinggi
◼ Sakit Sendi 
◼ Anti Kanser
◼ Keradangan 
◼ Demam Malaria 
juga mengandungi khasiat serta 
✔ tinggi aktioksidan 
✔ menguatkan sistem saraf dan pertahanan tubuh badan 
✔ mengembalikan tenaga dengan segera 

Jadi ape korang tunggu lagi.. semua khasiat yang diperlukan ada dalam milagro coffee ni..nak slim tak? Korang boleh jadikan milagro coffee sebagai minuman diet korang tau (wahhh😍) yela kita sometime jugak mungkin tak terlepas daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kanser yang mungkin diwarisi daripada genetik atau cara kehidupan seharian dari pemakanan yang tidak sihat..jadikanla milagro coffee sebagai makanan tambahan kesihatan korang.. bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat.. 

Pada yang confuse lagi tu jangan risau ye satu penyelidikan saintifik penyelidik dari UiTM (Universiti Teknologi Mara) Puncak Alam, Selangor, Malaysia dan mereka mendapati bahawa terdapat pengurangan yang ketara pada bacaan gula di dalam darah selepas meminum Milagro Coffee selama sebulan.

Okay jadi selagi korang berpeluang menikmati kesihatan yang dianugerahkan Tuhan jagalah sebaik mungkin.. memilih Milagro Coffee adalah salah satu pilihan yang bijak.. oraitt cukup la tu sampai sini aku bercerita aku nak pegi minum Milagro Coffee jugak nak caj tenaga ni balik..