Aku dan epal hijau

Hai.. peminat baru.. korang buat ape??hehehe.. Tak sabar-sabar nak dating ngan korang lagi seperti yang aku da janji dalam page pengenalan yang tak seberapa tu.. (padahal dalam hati cakap tula intro yang paling dahsyat meletopp pernah aku buat) 😝

Okay sambil tunggu waktu balik keje ni aku nak share pasal epal hijau.. Why??? ermm aku ni kira boleh kata mempunyai bentuk badan yang berisi dari dulu.. senang cerita aku tak la gemuk sangat tapi tak pernah jugak kurus macam model.. (tak pernah langsung tau!!)😅jadi kat sini aku nak share pasal epal hijau yang mungkin ramai jugak da tau bukan je boleh bantu korang dalam proses diet seimbang tapi jugak membantu mengatasi masalah kesihatan yang lain.. Oraitt meh ushar lagi..

Dalam aku busy buat persiapan nak berumah tangga ni.. Eh eh 😨😨 camne boleh terjoin cerita lain pulakk.. hahaha okay sambung cerita kelebihan epal hijau yang sememangnya ramai dah tau keberkesanannya menurunkan kolestrol dan mengawal berat badan..hah tu yang paling penting tula pasal aku berjinak jinak ngan pengambilan epal hijau..


Contoh minuman berasaskan epal hijau yang aku amalkan sekarang ni
Tak kisah la korang nak minum jus epal hijau ke atau nak ngap terus sebiji epal tu..lagipun sekarang berlambak produk yang berasaskan epal hijau baik kat farmasi atau kedai kedai jamu..pilih je yang mana berkenan di hati dan tekak.. hihi

Google punye google memang banyak fakta yang sama pasal fungsi epal hijau ni antaranya mencegah penyakit kanser, membantu dapatkan kulit yang cantik,mengatasi masalah sembelit......hah yang ni pun aku suka sebab lepas minum air epal hijau aku  langsung dah tak ada masalah sembelit yang aku alami berabad lamanya sebelum ni kuikui. . rasa masam epal hijau tu boleh membersihkan usus,membuang toksin dalam badan korang dan badan rasa ringan sikit sebab ape tau sembelit tu salah satu punca PERUT BUNCIT!!jadi ape tunggu lagi cepat cepat la join fanbase epal hijau ni.. hehehe




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.