Khamis, 27 April 2017

My Mini Library 📚

Hai geng blogger dan bukan blogger..heheh.. mood aku berblogging ni cam suram sikit..betul tak?almaklumlah baru lagi kenal ngan dunia blogger ni masih banyak yang perlu aku belajar di samping tak mengabaikan komitmen pekerjaan yang lain..ermm kebetulan tengah ada cuti am aritu lepak kat rumah tak kemana terpandang la "mini library" milik aku sejak dari zaman kanak-kanak lagi yang membuatkan aku bagai diseru untuk berkongsi minat dan koleksi aku sejak umur 5 tahun..

 "Inilah dia mini library aku..korang percaya atau tak rak buku ni parents aku belikan masa aku berumur 8 tahun lagi pada tahun 1997..so tahun ni genaplah usianya 20tahun wehhh.. "

Tabiat membaca aku dan mengumpul pelbagai jenis buku cerita dan komik ni memang disokong kedua ibu bapa aku. Untung la setiap kali keluar ikut mak ayah jalan-jalan memang dapat la habuan paling kurang sebuah buku cerita. Aku tak pernah kira jumlah buku yang aku ada sebab ada juga sebahagian daripadanya yang aku "pinjamkan tak kembali"..hehehe..ni je yang masih ada dalam koleksi aku..okey untuk entry yang seterusnya aku akan menyelongkar lagi koleksi dan genre buku yang ada dalam " my mini library" ni ye..


1 ulasan: