Jumaat, 30 Jun 2017

Rezeki free gift dari Dunkin' Donuts ๐Ÿฉ

Alhamdulillah rezeki jangan sekali-kali ditolak uollss..ni semalam 29 January 2017 nye cerita..aku ke Larkin Sentral untuk menjemput encik tunang yang baru pulang dari kampung halamannya di Kuala Lumpur dan kembali menyambung tugasnya di Johor Bahru..

Tengah dok tunggu sambil cek whatsapp tiba-tiba perut aku berkeroncong lak dari irama jazz yang perlahan ke irama dangdut yang sangat rancak..baru sedar since pagi kat rumah tak menjamah sebarang makanan lagi lepas kemas rumah terus keluar ngan family aku beli keperluan dapur dan terus ke sini..

Memikirkan encik tunang yang bakal tiba tak lama lagi dan kat rumah pun aku dah memasak sebelum keluar cuma tak sempat nak menjamah,aku ambil keputusan untuk cari something yang simple but sweet jela..ermm so aku pilih Dunkin' Donuts..lagi pulak aku pun memang dah lama tak ke Dunkin' Donuts(dulu masa pernah study kat kolej almost every weekend tapau Dunkin' Donuts ngan member2 untuk bawak balik hostel)bila tengok box Dunkin' Donuts tu sure teringat kenangan kat hostel dulu..


So masa kat Dunkin' Donuts Coffehouse tu aku pilih la beberapa jenis donut kegemaran untuk aku,mak ayah dan encik tunang..selesai membuat pembayaran cashier tu hulurkan aku satu plastik berisi 3 botol minuman teh Heaven an Earth Passionfruit..aku terpinga-pinga ngan muka naif cakap kat cashier tu "dik, yang ni bukan akak punya"..dia pun senyum jawab "percuma kak, kami bagi"..hahaha..aku pun say terima kasih amik jela..boleh tak terfikir nak beli minuman tapi tak syok makan je tak minum air kan.. 



Alhamdulillah rezeki Allah tu datang dalam pelbagai cara..Thank u so much Dunkin' Donuts,,, ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Rabu, 28 Jun 2017

Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana

Jom pakat join..

Klik banner untuk join

Tarikh tutup penyertaan ~ 15 Julai 2017

Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani Rahman

Dalam mood beraya dan bekerja serentak ni aku try untuk meluangkan masa join segmen rakan-rakan blogger..jom korang pun join sekali..

Klik banner untuk join

   
 Tarikh tutup penyertaan ~ 9 Julai 2017

Ahad, 25 Jun 2017

๐ŸŒŸ Salam Aidilfitri 2017M/1438H by Faizzah Amir ๐ŸŒŸ


๐ŸŒน Rasanya belum terlambat lagi untuk iza menggunakan sedikit ruang di blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari iza..maaf kalau ada coretan-coretan iza yang buat korang terasa ke walaupun cuma jari yang menaip tapi coretan yang kita buat dicetuskan pergolakan minda dan akal yang waras kan..yang tak betul yang silap yang salah yang keterlaluan dan seangkatan dengannya iza mengambil kesempatan di syawal yang mulia ini untuk memohon kemaafan..

๐ŸŒนSalam Aidilfitri 2017 dari faizzahamir.blogspot.com ..syg korang ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜..

Terima Kad Raya Dari Blogger ๐Ÿ’œ

Baru sebelum ni buat entry pasal kad raya..teringin nak dapat kad raya.. Alhamdulillah doaku termakbul..thanks to blogger Syeeda Saniey dan Nina Ahmad..


Kad Raya yg iza terima dari blogger Syeeda Saniey bersempena giveaway yg dianjurkan beliau "GIVEAWAY KAD RAYA SS 2017"

Ni pula kad raya yg iza terima dari blogger Nina Ahmad bersempena giveaway yg dianjurkan beliau "Express Kad Raya GA by Nina"



P/s: Kad raya elektronik pun best,mudah pantas dan juga menjimatkan..tapi diharapkan tradisi pemberian kad raya manual seperti ini tetap diteruskan tahun ke tahun kerana ianya meninggalkan memori tersendiri dalam setiap musim perayaan.

Selasa, 20 Jun 2017

๐ŸŒท Menggamit nostalgia kad raya ๐ŸŒท

Assalamualaikum korang2 yang disayangi..cewahhh..ermm haritu kan masa aku dok mengemas barang-barang dalam almari (saje konon nak ubah susun atur dalam rumah ni kot2 la nampak lain sikit raya ni sementelah takda beli perkakas rumah yang baru ๐Ÿ˜…)..

Tengah ngemas tu jumpa lak fail yang kat dalam tu penuh ngan koleksi kad raya yang aku terima dari rakan-rakan sejak zaman sekolah (sangat menggamit nostalgia uolls ๐Ÿ˜Œ)

Yela zaman serba canggih ni mana ada orang nak main hantar kad raya da..ada pun sebilangan tertentu je..sebab apa aku cakap sangat menggamit nostalgia??alkisahnya masa zaman aku ngan kawan2 seronok balas membalas kad raya ni (start aku sekolah menengah form 1 sampai la form 5 tahun 2002-2006)..time ni bila raya je kitorang memang tunggu tak sabar nak beli kad raya..kadang-kadang sebelum masuk bulan puasa aku dah tulis siap2 kat buku nota skrip ucapan kad raya untuk kawan2 aku tau..punyala excited time tu..

Ada jugak yang aku pos kad raya kat artis terkenal masa tu cam Misha Omar, Dato' Siti Nurhaliza..masa tu dapat alamat artis2(alamat syarikat rakaman dorang) ni kat majalah Mangga(alaa majalah yang havoc dolu2 tu๐Ÿ˜‰)..

Ermm bila dah pos lak mula la tertunggu-tunggu balasannye..rindu zaman-zaman kad raya ni..anta kt kawan-kawan pkai pos padahal sekampung je..siap call ag kwn tu tnye "da dpt lom kad raya aq?jgn lupa balas"..heheh..kalau sekarang orang excited tunggu posmen barang online,aku dulu2 excited tunggu dapat kad raya..bila dapat je kad raya tak kira la daripada kawan ke artis ke sepupu dia punya feel bahagia tu aishhh..kihkih ๐Ÿ˜Š

                 Kad raya dari kawan-kawan


        Antara kad raya reply dari artis terkenal Dato' Siti Nurhaliza & Misha Omar..  

๐ŸŒธ Tak salah pun zaman moden ni kalau korang masih nak berutus kad raya sesama rakan dan keluarga..tak kisah la kad raya elektronik ke, manual ke, yang penting tujuannnya sama kan, iaitu untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama
kita.. ๐ŸŒธ


Wangi melekat dengan traveller parfum Pu3 & Ratu

Sebelum ni aku pernah buat entry pasal level2 perfume..Eau Fraiche,EDC,EDT,EDP & Parfum.. Parfum mempunyai kepekatan yang paling tinggi dan paling tahan lama baunya..

Okey kali ni aku nak share pasal travel perfume yg ber level "parfum" iaitu Pu3 dan Ratu..apa yang paling aku suka ngan perfume ni ialah selain daripada baunya yg sweet bekasnya jgk yg unik,ringan dan mudah dibawa..yela bila kita pergi travel selagi boleh kita nak bawa keperluan dan kelengkapan yang ringkas kan..perfume pun salah satu keperluan yang penting kan..(bagi aku tersangatla penting tau ๐Ÿ˜…)


Parfum Pu3 & Ratu ni ni dia 70% pati..masa semburan bau dia lain..dalam beberapa jam bau dia lain..then bau kekal bau lain lak..contoh macam Ratu ni masa kita sembur mmg bau dia keras..tapi bila da pakai beberapa jam lepas tu bau dia jadi sweet2..(nak tau kena cuba sendiri la ๐Ÿ˜Š)

Antara kelebihan Pu3 & Ratu Parfum~~
๐Ÿ’ Aroma Ekslusif (bukan inspired)
๐Ÿ’ Parfum (bukan EDP/EDT/Cologne spray) paling  pekat dan paling kuat
๐Ÿ’ Efek 3 Notes aroma tingkatan berbeza bagi setiap wangian (aroma bertukar 3 kali selepas dipakai)
๐Ÿ’ Design botol yang kecil dan mudah dibawa (boleh selit2 je dalam kocek or purse korang tu)
๐Ÿ’ Tahan 6-8 jam bergantung pada cara pemakaian dan aktiviti
๐Ÿ’ Gabungan Fragrant Essential Oil & Aroma Compound yang berkualiti
๐Ÿ’ Aroma bunga, Tropical Fruits dan Freshly Aquatic sesuai untuk semua wanita

P/s ~ suka travel Parfum Ratu & Pu3 ni coz botolnye boleh selit je kat wallet..so pegi pasar pun boleh wangi-wangi tau..

Sweet-sweet dengan Le'sanda Sweet Foundation

Korang dah fikir persiapan untuk raya ni?baju?kasut?beg tangan?tudung?songkok sampin?langsir?kuih raya? servis kete nak balik kampung?jangan lupa bayar zakat??or da siap prepare kesemuanya??yela tak lama lagi je kan kita umat islam di seluruh dunia nak sambut aidilfitri..

Bagi kita orang perempuan ni pulak barangan kosmetik atau makeup pun dah jadi satu kemestian sebagai keperluan di hari raya nanti..yela baju dah cantik2 takkan muka nak macam zombi..haishh tak mo larhh..

Okey aku nak promote sikit foundation dari le'sanda..aku ni tak berapa minat sangat pakai foundation sebab tak suka la rasa cam `heavy' kat muka..tapi bukan la bermakna aku tak pernah pakai langsung..tapi agak cerewet dan memilih sikit la bab2 foundation ni..




Tapi baru-baru ni bila sorang kawan bagi aku tester Le'sanda Sweet Foundation, terus jatuh cinta iolls.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜..sebab apa aku mudah jatuh cinta ngan Le'sanda Sweet Foundation?? Bila pakai rasa~~

๐Ÿ’ž Tak Berminyak 
๐Ÿ’ž Tak Bercapuk
๐Ÿ’ž Rasa ringan & lembut je bila pakai kat muka
๐Ÿ’ž Pakai sikit2 je da nampak flawless..nak tau flawless ke idok, meh tengok gambar testimoni by diriku sendiri di bawah ini ~~

                Flawless sikit ke banyak?? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Okey ni ada sedikit pencerahan tentang BAHAN-BAHAN yang terkandung dalam Le'Sanda Sweet Foundation :

๐ŸŠVitamin C
๐ŸŒนMencerahkan kulit
๐ŸŒนMengecutkan jerawat
๐ŸŒนmembina kolagen
๐ŸŒนkurangkan kesan sunburn
๐ŸŒนlindung kulit dr radikal bebas

๐ŸŒตALOEVERA
๐Ÿƒ Melembab Kulit 
๐Ÿƒ Merawat Jerawat
๐Ÿƒ Menghilangkan Stretch Mark 
๐Ÿƒ Melindungi daripada "sengatan" sinar matahari 
๐Ÿƒ Melambatkan Proses Penuaan Kulit 

๐ŸŒธLAVENDER OIL
๐Ÿ’„membersihkan kulit
๐Ÿ’„mematikan virus & bakteria
๐Ÿ’„menjaga kesihatan kulit
๐Ÿ’„membersihkan jerawat
๐Ÿ’„sebagai aromaterapi (mengurangi stress)
๐Ÿ’„detoxsifikasi kulit

๐ŸŒžSPF60
๐Ÿ‚ Semakin tnggi angka spf maka semakin lama juga untuk melindungi kulit anda.

Jangan risau, Sweet Foundation ni berkelulusan KKM tau. Dijamin selamat. 

Nak sweet guna la Le'sanda Sweet Foundation..calit sikit terus sweet..Jom melawa!

P/s ~~ Raya ke tak raya kita kena sentiasa melawa sweet muwit kan.. Korang nak sweet muwit jugak boleh pm agen Le'sanda Sweet Foundation Puan Mawar Kecik di instagram beliau..

Sabtu, 17 Jun 2017

Express Kad Raya GA by Nina

Assalamualaikum..

Jom ramai2 join GA by Nina ni..mana tau rezeki dapat kad raya..cepat tau tarikh tutup penyertaan 18 June 2017 sebelum 6pm!! 

Klik banner untuk join



Isnin, 12 Jun 2017

๐ŸŽ† Jom borong perfume De'xandra dengan harga terhebat ๐ŸŽ†




 Assalamualaikum..ni aku nak bagitau perfume De'xandra tengah buat promosi raya harga terbaik punye..siapa je yang tak tau pasal perfume De'xandra ni kan??perfume daripada pati original & alkohol first grade,long lasting,dan yang paling penting diinspirasikan dari perfume jenama antarabangsa terkenal..

Okey yang masih lagi mencari perfume de'xandra dengan harga special ni,korang masih berpeluang kerana salah seorang agent De'xandra Mawar Kecik ⬅(klik ig beliau)
masih ada beberapa stok perfume de'xandra dengan tawaran harga seperti di dalam gambar. Bukan selalu dapat harga camni tau.. Nak cepat lagi whatsapp jela ๐Ÿ“ฒ 0197769571 tapi kena cepat-cepat jugak tau sebab promosi ni sampai 3 Julai 2017 je..tapi kalau korang nak dapat sebelum raya,wajib order sebelum 16 Jun 2017 tau..

So apalagi??borong la sebanyak mana perfume De'xandra yang korang nak..kita wangi-wangi bersama di aidilfitri ni ๐Ÿ’•

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

GIVEAWAY KAD RAYA SS 2017

Assalamualaikum..

Klik banner untuk join

Jom ramai2 join giveaway blogger Syeeda Saniey.. 

Tarikh tutup penyertaan : 14 Jun 2017

Isnin, 5 Jun 2017

Quotes #2


The true sign of intelligence is not knowledge but imagination.. 


P/s ~ Imagination is the key to your success 

My Mini Library ~ Last Part ๐Ÿ“š

Part last dalam my mini library..koleksi buku misteri dan penyiasatan.. tinggal beberapa je dulu banyak simpan tapi hilang entah ke mana..

Koleksi novel kanak-kanak terbitan Edusystem Sdn. Bhd. 
๐Ÿ”ธMasa umur 11-12 tahun suka baca koleksi ni sebab memaparkan kisah pengembaraan, fantasi, keberanian bila menghadapi cabaran yang tidak terduga..banyak juga pengajaran yang korang boleh dapat..kat belakang halaman-halaman belakang novel juga ada diselitkan trivia.. 

Buku Siri Salma yang diterbitkan oleh Penerbitan Fargoes Sdn Bhd. 
๐Ÿ”ธYang ni pun buku favourite aku dalam mini library yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas..tak jemu-jemu baca..mengisahkan tiga orang sahabat Salma, Mei Lin dan Zarina yang menyelesaikan pelbagai misteri dan jenayah. Korang tau tak aku pernah berangan nak kerja jadi seorang penyiasat sebab terpengaruh dengan buku-buku camni..tapi itu semua memang angan-angan jela..sebab aku ni takdela berani mana pun..kuikui..tapi at least buku ni pun ada pengajaran yang korang boleh dapat macam kasih sayang kekeluargaan dan semangat setiakawan..

P/s~ Budaya membaca memang patut diamalkan dari kanak-kanak sampailah dewasa.. Tak kisahla buku dari genre apa pun,yang penting carilah yang dapat memberi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan yang dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri kita..Okey jumpa next entry yaw..pasni rasa nak buat review pasal koleksi novel lak..harap-harap korang sudi-sudikanla diri singgah ke blog aku ni ye.. tq ๐Ÿ˜˜

My Mini Library ~ Part 3 ๐Ÿ“š

Haii..bersambung lagi kisah mini library..ni nak cerita pasal koleksi buku cerita kanak-kanak yang aku kumpul..aku memang minat sangat ngan buku cerita masa dalam umur 6-9 tahun..tiap kali jalan ngan mak mesti mintak belikan buku cerita..harijadi pun mintak hadiah buku cerita ngan mak aku..kadang tu makcik-makcik aku pun da faham sangat minat aku ni so dorang belikan jugak hadiah buku cerita untuk aku..tak payah nak susah-susah tiap tahun nak fikir belikan ape..aku lak memang suka sangat la yela dapat banyakkan lagi koleksi aku..

Aku ada pelbagai jenis genre buku cerita..tapi yang paling aku banyak koleksi buku cerita princess..yela zaman kite dulu memang layan cerita princess kan macam cinderella,snow white..

Antara koleksi buku cerita yang masih disimpan ~




Ni koleksi buku cerita english mak aku belikan..dia one set dalam satu kotak & aku still simpan lagi siap tampal wehh kotak tu walaupun dah nak terkoyak..๐Ÿ˜…

Koleksi cerita fairy tales dalam satu jilid (still lagi baca kadang-kadang) ๐Ÿ˜…



P/s ~ Lebih berkesan bila bacakan buku cerita macam ni pada kanak-kanak sambil membayangkan karakter tersebut..

My Mini Library ~ Part 2 ๐Ÿ“š

Hai.. Nak sambung balik entry tentang mini library aku tu..okey nak cerita koleksi apa yang aku ada dalam tu yang masih disimpan di teratak keluarga ku sehinggalah ke hari ni..kita cerita pasal koleksi komik ye..

   Beberapa buah koleksi majalah mickey

Aku memang dari kecik favourite ngan watak-watak disney..tak kisah la dari animasi princess ke haiwan dan sebagainya..biasela zaman childhood suka tengok benda yang warna warni gitteww..dalam majalah mickey ni setiap keluaran memang ada la cerita pelbagai watak-watak disney yang digarap dalam bentuk komik..walaupun hanya 2 tahun je aku kumpul majalah ni dari tahun 1999-2000 tapi aku still simpan kesemuanya coz banyak jugak ruangan pengetahuan dan trivia yang berguna tau dalam majalah ni sebab tu sayang nak buang..

Sebahagian dari koleksi "komik anak-anak sidek" yang diterbitkan oleh Pengedaran JAS Sdn Bhd. 

Hah yang ni paling legend wehh mesti ramai yang ada koleksi ni juga kan (let's put your hands up ๐Ÿ˜‚)..aku start kumpul majalah ni since dari komik yang pertama(tak ingat tahun bila) hingga tahun 2001..komik ni mengisahkan kehidupan zaman kanak-kanak lagenda jaguh sukan badminton negara kita iaitu Datuk (Dr) Misbun Sidek, Dato' Razif Sidek, Dato' Seri Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Kisah suka duka diawal mereka mula dilatih dengan sukan badminton oleh bapa mereka sendiri iaitu Allahyarham Dato' Haji Mohd Sidek bin Haji Abdullah Kamar. Berbagai ragam dan kisah yang menarik dari zaman kanak-kanak hingga remaja mereka juga turut dipaparkan dalam komik ni..banyak lagi watak lain dalam komik ini iaitu ibu mereka Datin Rukinah, kakak Rusitah, Wak Sakawi, dari watak utama sampai watak pembantu yang kadang-kadang muncul Kutan,Ayeng semua tu memang aku ingat wehh..percaya tak sampai sekarang kalau aku tengah stress aku akan baca komik ni tau..hihihi..sebab pada pendapat akulah komik ni bukan sekadar komik biasa tau..tapi penuh dengan contoh-contoh yang baik untuk diikuti bagaimana usaha,ketabahan dan pentingnya dorongan dan galakan dari keluarga untuk mencapai kejayaan dalam hidup..(sure aku simpan komik ni sampai bila-bila untuk keturunan aku baca)

Sebahagian koleksi majalah Asuh terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd

Majalah Asuh ni sebuah majalah berbentuk animasi yang berunsurkan islamik..ni paling lama aku kumpul dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku still beli lagi..suka dengan cara ilmu dan dakwah yang disampaikan melalui cara yang mudah difahami terutamanya bagi mendidik kanak-kanak.. banyak juga panduan mengenai solat, doa-doa pilihan dan sebagainya di dalam majalah ini. 

Ada juga aku kumpul beberapa komik lain tapi tak sebanyak koleksi-koleksi di atas antaranya komik Ana Muslim dan Doraemon(puas geledah tapi satu pun tak jumpa..Doraemon merayau naik helikopter entah sampai lupa jalan pulang ke rak agaknya๐Ÿ˜…)..

P/s ~ Tak salah pun sebenarnya baca komik tapi cari la yang berunsurkan ilmu pengetahuan..secara tak langsung dapat membantu mendidik minda kanak-kanak..