Beware ~ Manusia Bermuka Dua

Tetiba hari ni rasa nak wujudkan entry meluahkan perasaan..tak salah kan?rasanya lebih elok diluahkan di sini dari kita bertindak di luar kewarasan manusia kan..sekurangnya aku boleh berkongsi pendapat yang positif juga di kalangan rakan blogger..

Ermm.. apa korang rasa dengan sejenis sifat manusia bermuka-muka or bermuka dua ke tiga terpulang la korang nak gelar apa kan..depan dia sokong cara kita, belakang rupanya macam-macam dia kondem semua tak kena..tak tahulah sama ada golongan seperti ini jenis yang tak tetap pendirian mungkin..huhu 💁

Lebih teruk lagi apa yang pernah aku alami sendiri ialah di depan dia menyokong tindakan kita malah kadangkala dia yang memberi cadangan yang bernas untuk diikuti..tapi sebaliknya tindakan kita diselar secara diam-diam,diburukkan di belakang kita padahal dia yang mencadangkan dan menyokong tindakan yang kita lakukan..

Okey aku sendiri pun tiada solusi untuk golongan seperti ini..aku bukanlah sempurna juga atau seorang pakar motivasi..cuma jikalau berpeluang dari dulu golongan seperti ini aku cuma nak tanya beberapa soalan ~
🦀Apa yang kau harapkan dengan memburukkan orang lain?sanjungan daripada orang tertentu or what??aku rasa orang yang kau burukkan still bahagia kan..harta dia takkan berkurang pun dengan cemuhan sesiapa dan harta kau jugak takkan berkurang(..so kau nak apa sebenarnya??

🦀 Seronok ke dapat melaga-laga kan orang?jenis aku rasa lebih happy kalau setiap masa yang ada dapat buat hal sendiri daripada sibuk nak memikirkan perihal atau masalah orang lain..

🦀 kau bahagia ke buat orang camtu atau kau pun sebenarnya masih tercari-cari kebahagiaan kau sendiri?yela selalu manusia yang be like 'suka jaga tepi kain orang' ni dikaitkan dengan masalah kurang kasih sayang dalam life dia..

Lagi satu perlu diingat jangan kita hanya layan seseorang dengan baik bila kita 'need something' je..itu sejenis attitude yang sangat tak sihat uolls..dan kalau betul ada yang kita rasa tindakan orang tak betul di mata kita, tegurlah secara berhemah tanpa perlu melibatkan orang lain..masalah orang tak sama..sesekali letakkan diri kita tempat orang..jangan bila time kau buat salah kau cakap semua manusia tak sempurna..time orang lain buat silap kau ungkit berkali-kali(one more sikap yang sangat2 tidak sihat..aku suggest kau pergi buat medical checkup pun ok 😝)

Lastly yang ni aku rasa sana sini pun dah banyak yang berpesan kan "jangan terlalu yakin orang yang kau selalu mengadu perihal keburukan orang lain atau orang yang kau sanjung tu takkan cerita juga hal kau pada org lain"..beware 😉


2 comments:

  1. yeaa betul. sy dah pernah merasai ditikam belakang. Apatah lgi dgn org yg kita betul2 percaya. Sakitnyaa tue di sini huhu

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.